Wednesday, September 12, 2018

i just... can't

My mild depression is getting worse. Aku tak tau sama ada ak betul betul depressi atau hanya perlukan perhatian. Tapi aku serabut, hati aku sentiasa terluka. Sentiasa rasa diperendahkan. Sentiasa rasa diperlekehkan. Sentiasa ingin menjerit, sentiasa ingin menangis. Sentiasa ingin menghempas sesuatu.

Tapi depan orang lain, ak tak berani untuk tunjukkan kelemahan aku. Aku takut kalau ak dijudge lagi. Aku takut kalau orang pikir aku mengada ngada, lemah dan sebagainya. Tapi aku dah tak larat. Aku dah tak larat untuk kuatkan diri aku lagi. I'm too tired already... too tired.

Allah, jika hidup itu lagi baik buatku, selamatkan lah aku.
Jika mati itu lagi baik buatku, jemputkahlah diriku dengan keadaan yg baik.

Sunday, December 25, 2016

Masih belum kuat

It's not easy to forget, not easy to forgive, not easy to throw away the past.Aku kalah sekali lagi. Bukan untuk kali pertama. Aku yakin bukan untuk kali terakhir juga. Hampir - hampir menekan add as friend tapi akal menghalang tangan aku dari teruskan. Nasib otak berguna. Tapi hati dan akal tak pernah selari. Bila akal menang, hati akan sakit.

Aku masih belum kuat. Masih belum dapat lupakan. Mungkin sedikit masa lagi. Yeah, i think can do that. Time will heal they said.  Tanya pada diri sendiri, sampai bila? Mereka dah jauh berlari kedepan, dan kau masih toleh ke belakang. When are you going to start running, faiz.

Someday. Atau mungkin aku patut ikut jalan lain. 

Saturday, December 24, 2016

Bercerita semula

       Terlalu lama tak menulis. Terlalu lama tak "meroyan" di laman sosial. Dua tahun yang lalu, aku buat satu janji. Laman sosial bukan lagi tempat untuk aku melempias segala amarah. Aku belek semula nukilan hati aku di blog lama. Aku ketawa. Mentahnya pemikiran waktu itu. Berjuta memori berputar kembali bila aku baca semula ayat ayat jahanam itu. Hati sedikit tercalar. Ah... Untuk apa aku kenang. Untuk apa aku kesalkan lagi. Hidup tetap perlu diteruskan. Waktu tetap terus berjalan.

11.33 malam, 24 haribulan 12, tahun 2016. Aku mula menulis semula. Kisah baru, perjalanan baru. Ayat cuba acah hipster. Dulu aku ada kenalan. Seorang abang. Ayat dia power, tak berpuitis tapi tajam. Aku cuba tiru tapi aku rasa, aku tak sehebat dia. Ya, dia juga adalah masa lampau aku. Tiada lagi di waktu semasa aku. Tapi dia tetap sumber inspirasi aku. Alhamdulillah, hidup semakin ok. Tiada skandal, tiada drama, jauh sekali perangai manusia yang menjengkelkan. Aku selesa di rumah ibu bapa aku. Dalam bilik aku. My private world i would say. Aku masih dibawah ketiak mak aku. Problem?

I got my own company now. Lakariz Resource Enterprise. Aku jual baju, tudung, etc. Boleh pergi ke instagram aku @lakariz_official sekiranya ingin tahu dengan lebih lanjut. Aku buat sendiri, hasil design aku. Banker mak dan ayah aku. I love them. Janji aku, bawa mereka berjalan seluruh dunia. Satu hari nanti.

Disini dulu aku bercerita. Tunggu aku rajin semula untuk menulis. Idea tak ada.